Monthly Archives: June 2020

Tips Menjadikan Pasangan Ketua

Bila Allah mewujudkan makhluk lelaki di dunia, mereka adalah insan yang terpilih untuk memimpin bumi.

Tapi ada daripada kita yang pelik,kadang-kadang rasa macam tak ada cara kepimpinan pun.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan kita TAK nampak kepimpinan:

  • Anak bongsu atau anak yang mak/orang sekeliling buatkan kerja untuk dia. Contohnya: disediakan makanan dari kecil, kelas tambahan yang ditentukan oleh parents dari kecil.
  • Kurang buat keputusan dan keputusan dibuat oleh orang lain. Keputusan hidup mungkin banyak dibuat bermula pada dunia pekerjaan.
  • Tidak terlibat dalam pekerjaan yang melibatkan untuk membuat keputusan yang kritikal.

Apa yang boleh diinspirasi untuk pasangan/adik lelaki/ anak lelaki menjadi pemimpin:

  • Seorang mak mendidik anak untuk membuat keputusan berdasarkan umur. Contoh: anak umur 2 tahun dilatih untuk pilih permainan A atau B sebelum dia bermain, anak umur 4 tahun diberi satu permainan untuk dia berfikir macam mana nak guna permainan dia.
  • Dengan pasangan, bermula dengan bagi task yang kecil dan kita tahu dia ada kemampuan untuk melaksanakannya. Contohnya, minta tolong beli ayam di pasar. Lepas dia beli, belajar untuk menghargai apa yang dia lakukan walaupun setakat beli ayam jer. Jangan complain, bila barang yang dibeli tidak dapat memenuhi standard yang kita mahukan. Tegur dengan cara inspirasi untuk dia buat yang terbaik akan datang. Sekiranya dia tak nak buat, tengok cara kita tegur, adakah kita tegur dengan cara yang betul.
  • Mula dengan skop yang spesifik. Contoh, hendak pilih kedai makanan. Bila lelaki bagi tau “entah, apa-apa jer la. ikut you”. Itu maknanya, dia tak ada info untuk membuat keputusan. Jadi, antara cara yang kita boleh buat adalah, bagi dia buat pilihan, “nak makan Nandos’ ke MCD?, you buat keputusan”.

 

                    Hidup inspirasi ini memerlukan masa atau tenaga atau duit.                                                                            Jadi bersabarlah dengan usaha.