Aku Atheis ke Aku Islam?

Perjalanan Atheist

Sudah beberapa lama menyimpan link ini. Atas kesibukan belajar link ini dilupakan seketika.

Seperti didalam link ini, Namanya Wan Izuddin. Seronok baca jalan kehidupannya.

Sekarang giliran saya,

Nama saya ain. Perempuan. Cerita En Izuddin sama seperti saya. Cuma bezanya keluarga bukan golongan agama. Bila hendak mencari jawapan berkenaan isu agama terpaksa merajinkan diri untuk ke perpustakaan atau bertanya ustaz atau ustazah.

Soalan umum, rasanya budak kecil sudah mula berfikir dan bertanya. Sama seperti saya, semua orang boleh menggangak soalan apa. Berkaitan Tuhan. Sebab itu disekolah pun diajar berkaitan aqidah dahulu sama seperti nabi muhammad mengajar aqidah mengenali tuhan.

Mencari tuhan apabila umur 17 tahun selepas SPM. Dimana tuhan secara spesifik. Bila melonjak remaja tiada istilah menerima. Kita dah mula untuk memberi pandangan. Bila keluarga mula pasang internet. Makin kuat naluri hendak mencari jawapan.

Situasi 1- Ditanya kepada orang umum 

Bila tanya, ” dimana tuhan?”

“tuhan dimana-mana”

“maksudnya?”

“Dah jangan tanya banyak-banyak”

Sakit hati kan? Mana ilmu orang Islam di Malaysia. Ditanya jangan berfikir.

Bagi saya, lagi jangan ditanya, lagi saya berfikir.

 

Situasi 2- Sekolah Rendah 

“Dimana tuhan”

“Kat atas langit”

Masa ini sekolah rendah. Masa ingat lagi. Setiap kali hendak pergi mengaji waktu malam akan tengok di atas langit.

Dalam hati saya akan cakap, ustazah kata kat atas. Pada suatu hari nampak ada benda bercahaya.

” Itu kot tuhan, cuba tengok atas tu. Ada menyala tu” berkata dekat adik

***

“Ustazah semalam saya nampak tuhan, ada cahaya kecil jer warna putih. Kata Allah atas”

Masa ini saya tak ingat ustazah kata apa, mungkin penerangannya agak bukan standard saya masa itu

 

Situasi 3 – Tadika 

“Adik, cuma tengok lukisan akk ni,” masa itu berumur bawah 5 tahun. Sudah boleh memegang pensil dan menconteng kertas. Hehe…

“Ini Allah, ini malaikat, ada sayap banyak.”

Ibu terus datang. Saya terus cakap, “Ibu cuba tengok lukisan ini. Ini sayap malaikat kan? Malaikat banyak sayap.”

“Malaikat tidak boleh diimiginasi”

 

Situasa 4- Bertanya kepada kawan sekolah rendah

“Dimana tuhan, Tuhan tu kat atas ustazah cakap?”

“Mana boleh tahu tuhan kat mana!”

 

Situasi ini sangat membantutkan pemikiran saya untuk mencari jawapan. Ada putus asa tapi hati kata jangan. Semakin remaja saya tidak berputus asa mencari.

Saya teruskan hidup seperti biasa. Sentiasa berdoa agar diberi petunjuk untuk segala kekusutan. Lama sangat menanti.

Berumur 18 tahun, saya berjaya ditempatkan di matrikulasi.

Lepas dah masuk matrik, buat apa lagi.

Gagahkan diri naik tingkat atas sekali. Sekali datang ustaz tak ada. Mungkin ada kelas masa saya datang.

Penat oh…. Bukan 2-3 kali. Siapa tahu blok matrikulasi Negeri Sembilan memang jenuh nak naik.

Saya bukan bawa diri je tau. Siap bawa buku. Kitab apa yang pernah saya beli pun tak tahu. Beli sebab famous. Ala2 ensikolopedia.

Masa ustaz ada. Hambik! Saya buka kitab saya depan ustaz.

“Ustaz, saya nak tunjuk kat ustaz, buku ini quite famous.”

“Saya hendak tanya ni, Allah kat mana? Saya jenuh mencari. Ramai kata jangan mencari nanti saya terpesong”

Saya pun tak tahulah kenapa masa ini sesi luahan. Mungkin dah lama sangat tak terjawab soalan. Sekrang duduk ngan non muslim.Sorang cina sorang india. Mana ada kawan muslim. Depan rumah pun sama. Jauh dengan budak2 islam.

“Allah dimana-mana”

“Ustaz, cuba tengok ni ustaz, buku ini dari hadis yang shahih”

Seorang budak bertanya kepada nabi dimana Allah

Nabi tunjuk atas langit.

“Macam mana tuhan ada dimana-mana!”

Sedikit tak puas hati.

“Saya percaya tuhan atas langit. Tapi orang kata saya sesat”

Sambung bahagian 2 

Advertisements

One thought on “Aku Atheis ke Aku Islam?

  1. Pingback: Aku Atheis ke Aku Islam 2? | deartheworlds

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s