Aku Atheis ke Aku Islam 2?

Ex Muslim

Kisah no 2, dari blog En Wan Izuddin.

Kisah perempuan ini pun saya pernah lalui. Tak pernah bercinta. Itupun dikatakan theori mengarut. Saya percaya. Saya ketinggalan zaman. Pahit kan. Hidup alien ke ap?

sambung bahagian 1 tadi.

Ustaz ada terangkan.

Tapi aku masih denial. Tidak boleh terima hujahya.

Sedih, bawa hati yang lara. Siapa saya? Saya agama mana?

Kalau di Malaysia tuhan dimana2. jadi saya sesat.

Sejak dari itu saya tak pernah jumpa ustaz tersebut.

 

Berbalik isu tuhan, kira punya kira ada lebih kurang 5 tahun.

Akhirnya, saya berjumpa dengan golongan salafi, selepas beberapa tahun saya jumpa orang yang cukup melegakan saya.

First semester, saya pelajar UiTM, siapa tahu universiti tak macam sekolah. No one guides you. Tiada ilmu agama.

Biar sahaja. Berat hati memikirkan.

 

Terus terang memang hati kosong.

Selepas setahun, masih mencari. Saya join program usrah Ustaz Zaharuddin di UIA. Frankly speaking. saya bukan golongan astizah. Kelas tu fokus untuk membina astizah dan bidang agama. First class. Istilah seperti saya mencari. Saya excited nak dengar.

Tapi dapat tangkap sikit-sikit.

Akhirnya saya berjaya jumpa untuk percaya kepada wasatiyah. 

Saya memegang untuk percaya kepada Allah berada diatas seperti hadis nabi. Sekiranya hendak memegang kepada Allah dimana-mana jangan menghina orang yang percaya Allah di atas.

Dimana pun Allah, kita percaya Allah itu wujud dan sentiasa berdoa suatu hari nanti Allah akan beritahu persoalan ini.

Ya Atheis memang tidak percaya kewujudan tuhan. Siapa pernah baca buku Secret power. Philosophy yang terbaik. Percaya pada aura positif sekeliling yang membentuk kita. Tiada tuhan pun tiada masalah.

Tapi kenapa saya percaya untuk bertuhan? Tanpa tuhan jiwa kosong sangat. Ada perkara kesusutan. Semua agama didunia mempercayai tuhan.

Cara mencari tuhan itu penting. Finally we only have one God.

Dengan bertuhan…

Saya tahu bersyukur

Saya mengeluh kepada manusia malas mendengar

Saya mengeluh pada Allah, semua masalah saya diberi jalan

 

Dengan bertuhan…

Saya ingat tanggungjawab sebagai manusia

Saya ingat buat itu ini

Saya ingat dunia ini bukan saya yang punya

 

Dengan bertuhan…

Saya tahu matlamat hidup

Saya tahu apa yang hendak dikejar

Saya bukan hendak mencari popular

Saya bukan mengejar arak lelaki kasih sayang manusia semata-mata

 

Bahagian 1 

 

 

 

 

Leave a comment