Monthly Archives: March 2017

Belajar Berfikiran Positif dari Nabi Yusuf

Bagaimana Nabi Yusuf a.s menata emosi berbekalkan panduan taqwa, kesedaran berTuhan dalam hati hingga membuatkan hidup baginda amat luarbiasa.

Bagaimana luarbiasanya?

– hidup tertekan tetapi tiada putus harapan.
– Hidup malang tapi pemikiran masih positif.
– hati lapang, senyuman masih tersisa walaupun kehidupan sukar.

Permulaan hidupnya, sedih, malangnya bertimpa-timpa. Dikhianati, dijauhi dari ibubapa sejak kecil, masuk penjara.

Kalau kita macam mana? Kita ambil semangat Nabi Yusuf untuk bersikap positif. Kita belajar dari Nabi Yusuf yang cekal, episod kehidupannya dimana didalam hatinya ada Allah,

Orang yang percaya dengan Allah, lihat kehidupan ini sebagai positif. Yang akan memberi yang sesuatu positif.

Akhirnya, hidup baginda diakhiri dengan ‘happy ending’.

Jika baginda keep calm & berjaya, kita juga boleh.
Amalkan sahaja formula yg baginda amalkan.

 

Sumber: Ustaz Mohammad Asraff.

Advertisements

Jika Benar Tuhan Itu Penyayang, Mengapa dia Menyeksa Hambanya?

 

JAWAPAN :

Tadabbur Surah Sajadah ayat 18 – 22. Bacalah Surah ini. Anda akan tahu tips brilliant untuk mencambahkan ‘cinta’ dengan Tuhan.

Kadang-kadang, apabila berifkir tentang Tuhan, kita seolahnya hilang rasional. Kita fikir, apabila Tuhan meyatakan diriNya Maha Penyayang, Maha Cinta, Maha Belas-Kasihan, Maha Pengasih, maka Dia tidak layak dan tidak boleh menyeksa hambaNya.

Kita terlalu idealistik. Apabila sayang, tak boleh tegur, tak boleh marah. Maaf, itu ‘gila’ namanya sebab memang kelaziman manusia, apabila terlalu dimanjakan dengan sejuta nikmat, dia gemar naik tocang.

Itupun Tuhan dah banyak bagi peluang. Dia masih kekalkan nikmat besar walaupun kita kerap ‘take for granted’. Lihatlah ketika bangun tidur, kita solat subuh gajah 10 pagi, Dia masih tak tarik nikmat tangan & kaki.

Elok je kita gosok gigi & jalan pergi kerja.

Itupun jika solat-lah. Ramai juga yg bukan setakat tidak solat tapi ‘berlagak’ dengan Tuhan dengan sikapnya yang gemar ‘show-off’ maksiat. Pernah anda jumpa orang sebegini Tuhan hukum dengan dipanah petir?

Tiada kan?

Tanda Tuhan sayang, Dia anugerahkan berbagai kaedah untuk sedarkan golongan lupa diri – fasiq & mujrim. Dia berikan Quran sebagai guidance agar tidak tersesat. Dia utuskan Rasul sebagai ‘tuan guru’ jika sukar memahami Al-Quran. Dia cambahkan ribuan ulama, pendakwah, ustaz & ustazah untuk bantu. Dia bagi akal yang boleh digunakan untuk berfikir secara rasional. Dia buka seluasnya peluang untuk kita memilih.

Itu tanda Dia sayang.

Sayang dengan bantu sungguh-sungguh. Bagi peluang, bagi tools, bagi GPS, bagi tenaga pengajar. Anologinya seolah, Dia minta kita daki gunung menuju ke arahNya, tapi Dia tidak biarkan kita terkial-kial kesusahan.

Dia bekalkan kita segala kelengkapan.

Siap GPS, peta, penunjuk jalan, tools & equipment untuk mudahkan pendakian. Kita hanya perlu daki dan ikut sahajalah panduanNya. Nanti sampailah ke puncak gunung (redha & syurga).

Tapi dalam keadan begitu pun, masih ada orang ‘gila’ (zalim terhadap diri sendiri). Hendak juga terjun ke gaung. Hendak juga ikut jalan mati sedangkan peta ada di tangan. Berkeras juga memilih lorong lain sedangkan penunjuk jalan (Rasul) kata, jalan itu bahaya.

Nampak tak? Kita yang buat pilihan walaupun dah ada GPS, peta & guider. Kita yang pilih. Bukan salah Tuhan. Bukannya Tuhan tak bantu. Tapi ada yqang masih keras hati & berdegil.

Jadi, adil-lah jika golongan sebegini diasingkan ke neraka. Bukan Tuhan sengaja nak letakkan mereka di situ. Mereka yang pilih untuk ke sana melalui tingkahlaku & tindakan ‘hilang akal’ sewaktu di dunia.

– Hilang akal kerana, Tuhan dah bagi akal untuk fikir mana satu baik, mana satu buruk. Tapi dia masih nak ikut yang buruk.
– Hilang akal kerana Tuhan bersungguh membantu, tapi mereka yang tak mahu ikut.

Sumber: https://www.facebook.com/UstazAsraff/posts/1645904268760237:0
.

Nasihat Tuhan Kepada Mereka Yang Hadapi Masalah Rezeki

Surah Hud, ayat 6 :

‘dan tiada sesuatupun dari makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menjamin rezekinya dan mengetahui tempat kediaman & tempat ia disimpan. Semua itu tersurat dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata.’

Zaman ekonomi tak menentu sekarang, kita banyak risaukan rezeki.

– ada ada anak yang dah ‘grad’, cari kerja tapi masih belum berjaya?
– Ada anak yang masih menganggur? Masih belum temui kerjaya dimahukan & asyik bertukar kerja?
– dah dapat kerja tapi asyik tukar-tukar?
– Dah lama kerja tapi kena VSS & rasa hilang punca?

Ayat di atas berkongsi hikmah, don’t worry about rezeki. Semuanya telah disediakan hatta binatang melata yang berjuta jumlahnya pun (semut dll) kenyang dengan rezeki.

Tiada makhluk yang rezekinya kurang. Tiada yang rezekinya dicuri. Cuma gandakan sahaja usaha. Tingkatkan skill & ilmu.

Dan jika ada yang mula berputus asa, katakan kepadanya, ‘mari belajar dari makhluk lain terutamanya serangga kecil. Ada yang lebih susah dari kita…’

– Contohnya nyamuk. Tiada akal, tiada SPM Diploma & degree. Rezekinya amat sukar dicari, darah manusia. Setiap kali nak ‘sarapan pagi’, nyamuk terpaksa menyabung nyawa. Banyak yang terkorban dek penangan tangan kita. Tetapi perhatikan, nyamuk semakin hari semakin bertambah kan?

Sebab nyamuk fokus syukur & berusaha.

Lihat pula cicak, haiwan merayap dalam rumah. Makanannya amat sukar dicari kerana semuanya terbang. Kasihan sungguh sebab, lama cicak mengendap, tiba-tiba ‘makanan’nya terbang.

Tapi tak pernah pun kita dengar cicak ‘merungut’. Gemuk-gemuk cicak kita lastik.

– Cacing lagi susah. Kemampuannya terbatas. Tiada kaki, tiada tangan. Persekitaran hidupnya amat sempit. Mencari rezeki hanya menggunakan kepala sahaja.

Tapi begitulah, cacing yang kita temui bukannya kurus, tapi gemuk-gedempol semuanya.

Bayangkan, kita yang semuanya tersedia ‘depan mata’ berbanding haiwan kecil ini, adakah kita masih menyangka rezeki susah? Ternyata haiwan itu lebih sukar cabarannya. Cuma bezanya adalah, mereka kekal positif & berusaha. Kita mungkin cepat give-up setelah 2-3 kali berusaha.

Jangan putus asa. Yakinlah kepada Ar-Razzaq. Kemudian, tambahkan usaha bersungguh-sungguh. Jika dapat kerja, jangan berkira. Lakukan hasil kerja terbaik sebagai tanda syukur.

Nanti, tahulah Tuhan gandakan rezeki kita. Dia boleh jaga rezeki billion serangga, takkan Dia biarkan kita terkapai-kapai, makhluk yg paling Tuhan cinta?

Mari tambahkan connection dengan Tuhan. Tambahkan yakin ,tambahkan usaha, tambahkan doa.

Sekian, Wassalamu ala manit taba’al huda
Dan selamatlah bagi mereka yg menuruti petunjuk & hidayah. – Toha 47

Sumber: https://www.facebook.com/UstazAsraff/posts/1647624715254859

Kemuliaan Manusia Yang Tidak Terungkap

 Related image

(google image: Selat Bosphorus, Istanbul)

Kemuliaan Manusia

Bermula sebagai hamba dan khalifah.

Pandangan Kebendaan

Manusia yang sentiasa mengejar kebendaan sahaja akan merasai hidupnya:-

*untuk memenuhi keperluan hidup

*kepuasan mendapat kebendaan (Al-Jathiyah:24)

Pandangan Beriman

Makhluk mulia disisi Tuhan, mananya tidak apabila

*para malaikat disuruh sujud kepada nabi adam

*memberi kita ilmu pengetahuan dan kemahuan

*menjadikan kita khalifah (penguasa) untuk mentadbir bumi dengan sebaik-baiknya.

                Kenapa kita berada di muka bumi ini?

                *berkhidmat kepada manusia. (kita perlukan satu sama lain)

                *manusia berkhidmat untuk tuhan

Pandangan Kemulian kerana Iman

Kita terpilih dan dilahirkan untuk membawa, menyebarkan kebaikan iaitu merupakan usaha dan perjuangan. Surah imran:110.

Perasaan harga diri ini melahirkan wujudnya pertolongan dari Alah, perllindungan dariNya, kerana iman juga zaman dahulu tidak takut kenapa pembesar Quraisy seperti Abu Jahal, Umaiyah yang telah memaksa dan menyeksa Bilal untuk meninggalkan agama Islam.

Pandangan Malaikat

Manusia itu merupakan kemulian dan mempunyai kedudukan terpenting dan terhormat. Malaikat mengharapkan mereka menjadi khalifah, tetapi Allah memberikannya kepada manusia.surah albaqarah:30

Pandangan Manusia Menguasai Alam Benda

Tatkala lautan sungai, pantai menjadi tempat populariti manusia menyinggah untuk menghirup udara segar, menyegarkan fikiran mati (serabut), merapatkan kasih sayang yang terlerai, mencipta memori manusia.

Tempat inilah menjadi kemulian manusia yang jarang untuk kita fikirkan. Tuhan menganugerahkan lautan, sungai sebagai medan pengangkutan, perhubungan dan memindahkan bahan-bahan keperluan hidup, manusia melakukan transaksi jual beli, malah kerna itu wujudnya pertukaran ilmu (orang malaysia belajar ke USA) dan kebudayaan (perkahwinan percampuran, twin culture programme). Itulah kekuasaan, kekuatan, dan kemampuan khalifah untuk memanfaatkan alam ini. Surah ibrahim:32-34

Pandangan Hari Akhirat

Untuk apa? Adakah selepas kita mati, dikuburkan ia berakhir begitu sahaja?

Dalam dunia kita dianiaya, dibunuh tanpa pembelaaan. Dimana hak kita untuk menuntut keadilah. Surah Al-Jathiyah: 21-22. Malah Allah sangat teliti sebelum menghukum kita. Surah Al-anbiya:47.

Mati itu satu perhentian, untuk perpindahan dalam perjalanan yang sangat jauh.

 

Iman: Buktikan Allah itu Ada

Image result for emaan heart

Usrah: Iman di Hatiku

Iman, satu perkataan yang teramat biasa kita dengar malah kita pelajari. Namun apa disebalik iman tersebut sehingga membuahkan hasil didalam hati, perbuatan tingkah laku kita?

Iman iaitu secara am untuk difahami ialah percaya pada hati tanpa ragu-ragu. Macam mana nak rasa tanpa ragu-ragu…Bila orang tunjuk wallet dikatakan pistol, kita gelak atau buat muka pelik?

Kenapa?

Sebab kita beriman (percaya) wallet itu adalah wallet. Ia dibuktikan dengan penggunaanya, kita lihat orang gunakannya (melalui pemerhatian dan pengalaman manusia lain).

Buktikan Allah itu ada

Pernah buat social experiment? Seorang kawan menutup mata rakannya dengan pembalut yang tidak dapat menebusi cahaya. Dibawanya kesuatu tempat yang tidak diketahui. Hanya arahan yang menanti. Begitulah Allah, Dia tidak nampak. Tapi Dialah yang memberi petunjuk (AlQuran) sebagai arahan untuk manusia supaya tidak berada didalam kesesatan.

Jadikanlah akal dan fikiran kita perhatikan apa yang sudah terbentang luas untuk kita. Perhatikan dalam surah albaqah: 164. Ambil masa dan berfikir. Sesungguhnya antara orang hebat merupakan orang yang berfikir.

Sudah menjadi lumrah manusia, untuk meluahkan perasaan, lihat sahaja bila kita ada masalah, pasti ada antara kalangan kita akan mencari the ‘right’ person’ yang kena dengan jiwa kita untuk bercerita walaupun hakikatnya kawan kita hanyalah mampu memujuk dan mendengar. Seperti itulah fitrah manusia, bila ada masalah kita akan belajar berdoa kepada penciptaNya. Surah yunus: 22

Fitrah berfikir, fitrah perlunya tuhan, seterusnya akal kita berbisik sepanjang hidup kita ini kita menyedari ciptaanya tiada yang sia-sia. Surah albaqarah:32.

Bila ciptaanya tiada yang sia-sia, matahari dengan tugasnya, bulan, bintang hujan. Itulah alam yang sentiasa tunduk kepada perintahNya. Surah Al-isra:44. Sekiranya alam ini tidak mengikut arahan tuhan yang sentiasa memberikan kebaikan, pernah tak kita fikir bagaimana pula dengan kita, sentiasa mempersoalkan larangan tuhan yang kita tak nampak ‘wisdom behind it’.

***

Kerna iman dapat menanamkan pandangan hidup dengan terasa ada hubung kait kita dengan alam semesta. Bila lahir perasaan tersebut, maka lenyaplah perasaan rendah diri malah jiwa kosong pun terubat.