Category Archives: Thought

Jika Benar Tuhan Itu Penyayang, Mengapa dia Menyeksa Hambanya?

 

JAWAPAN :

Tadabbur Surah Sajadah ayat 18 – 22. Bacalah Surah ini. Anda akan tahu tips brilliant untuk mencambahkan ‘cinta’ dengan Tuhan.

Kadang-kadang, apabila berifkir tentang Tuhan, kita seolahnya hilang rasional. Kita fikir, apabila Tuhan meyatakan diriNya Maha Penyayang, Maha Cinta, Maha Belas-Kasihan, Maha Pengasih, maka Dia tidak layak dan tidak boleh menyeksa hambaNya.

Kita terlalu idealistik. Apabila sayang, tak boleh tegur, tak boleh marah. Maaf, itu ‘gila’ namanya sebab memang kelaziman manusia, apabila terlalu dimanjakan dengan sejuta nikmat, dia gemar naik tocang.

Itupun Tuhan dah banyak bagi peluang. Dia masih kekalkan nikmat besar walaupun kita kerap ‘take for granted’. Lihatlah ketika bangun tidur, kita solat subuh gajah 10 pagi, Dia masih tak tarik nikmat tangan & kaki.

Elok je kita gosok gigi & jalan pergi kerja.

Itupun jika solat-lah. Ramai juga yg bukan setakat tidak solat tapi ‘berlagak’ dengan Tuhan dengan sikapnya yang gemar ‘show-off’ maksiat. Pernah anda jumpa orang sebegini Tuhan hukum dengan dipanah petir?

Tiada kan?

Tanda Tuhan sayang, Dia anugerahkan berbagai kaedah untuk sedarkan golongan lupa diri – fasiq & mujrim. Dia berikan Quran sebagai guidance agar tidak tersesat. Dia utuskan Rasul sebagai ‘tuan guru’ jika sukar memahami Al-Quran. Dia cambahkan ribuan ulama, pendakwah, ustaz & ustazah untuk bantu. Dia bagi akal yang boleh digunakan untuk berfikir secara rasional. Dia buka seluasnya peluang untuk kita memilih.

Itu tanda Dia sayang.

Sayang dengan bantu sungguh-sungguh. Bagi peluang, bagi tools, bagi GPS, bagi tenaga pengajar. Anologinya seolah, Dia minta kita daki gunung menuju ke arahNya, tapi Dia tidak biarkan kita terkial-kial kesusahan.

Dia bekalkan kita segala kelengkapan.

Siap GPS, peta, penunjuk jalan, tools & equipment untuk mudahkan pendakian. Kita hanya perlu daki dan ikut sahajalah panduanNya. Nanti sampailah ke puncak gunung (redha & syurga).

Tapi dalam keadan begitu pun, masih ada orang ‘gila’ (zalim terhadap diri sendiri). Hendak juga terjun ke gaung. Hendak juga ikut jalan mati sedangkan peta ada di tangan. Berkeras juga memilih lorong lain sedangkan penunjuk jalan (Rasul) kata, jalan itu bahaya.

Nampak tak? Kita yang buat pilihan walaupun dah ada GPS, peta & guider. Kita yang pilih. Bukan salah Tuhan. Bukannya Tuhan tak bantu. Tapi ada yqang masih keras hati & berdegil.

Jadi, adil-lah jika golongan sebegini diasingkan ke neraka. Bukan Tuhan sengaja nak letakkan mereka di situ. Mereka yang pilih untuk ke sana melalui tingkahlaku & tindakan ‘hilang akal’ sewaktu di dunia.

– Hilang akal kerana, Tuhan dah bagi akal untuk fikir mana satu baik, mana satu buruk. Tapi dia masih nak ikut yang buruk.
– Hilang akal kerana Tuhan bersungguh membantu, tapi mereka yang tak mahu ikut.

Sumber: https://www.facebook.com/UstazAsraff/posts/1645904268760237:0
.

Advertisements

Why Master in Records?

As I promised last week’s post to share my experience which made me up into Master in Records and Document management field.

The decision has been made by myself. Even though some said better to further the other field because l’ll learn more and I got chances to have multiple choices of career. That is absolutely right. In order to be professional one, I have to be master expertise in one field only.

My journey has started when I was at government sector. At workplace, I have been taught to use all knowledge, experience, soft skills to be applied.

From day to day, I could understand better with the help of my great supervisor. One day, I got a first interview at one’s private sector. I went there and sadly a question was daunting, “Records management….what did you learn? Filing? Let’s  say here is my documents and put them in a file. What’s next?

I was shocked thinking deeply the question. I was not be able to answer. As the supervisor asked me, he taught me to answer with confident and explained the responsibility of Records Manager in industry.

Records Manager responsibilities here as follows to ensure managing:-

  • Records and Information Planning;
  • Develop a policy
  • Collection, creation, receipt and capture;
  • Organization
  • Use and dissemination
  • Maintenance, Protection & Preservation
  • Disposition
  • Compliance/Audit Improvement

More details may refer to this link Records Manager Responsibilities

The reason of further studies is not get promoted but learning in more details which make me realize how Records Management is important and I hope one day I would be able to answer my next interview with confidently.

 

Postgraduate Studies Faculty of Information Management

Have you ever thought about going back to a University? There always seems to be a few reasons that hold you back (like, “I don’t have the money” or “ not the right time yet”), but if you are thinking and ask yourself, an improved education could benefit you tremendously.

Here are five incredibly beneficial for you to get motivated to invest in your education and start taking classes again.

Why Study Further?

  1. Study for Professional gain?
  2. Study for pleasure and personal growth?
  3. Rub shoulder with generation Y?
  4. Upgrade your knowledge?
  5. Upgrade your qualification?

An exciting news Universiti Teknologi Mara (UiTM) is open the application for MAC 2017 intake for postgraduate studies  FACULTY OF INFORMATION MANAGEMENT.

Apply online until 22 NOV 2016 for the program you prefer now!

IM950 Doctor of Philosophy in Information Management (by Research)

IM750 Master of Science in Information Management (by Research)

IM770 Master of Scienece in Information Management (by Coursework)

IM701 Master of Science in Knowledge Management (by Coursework)

IM772 Master in Library Science (by Coursework)

IM773 Master of Science in Records and Documents Management (by Coursework)

===============================================================

For further info on postgraduate intake, please visit:-

Coursework: https://online.uitm.edu.my/ipsis/
Research: https://online.uitm.edu.my/ipsis/research/

or contact 03-7962 2007.

HERE IS YOUR OPPORTUNITY TO NURTURE AND DEVELOP SKILLS AND THUS ELEVATE YOUR EMPLOYABILITY.

*All are welcome to leave any inquries at my comment box. I will get back to you.

masterprogramme3masterprogramme2

I have a surprise for my blogger follower here, next week I would share my excitement story about the decision on taking Master of Science in Records and Documents Management.

Have a nice day guys!

Isi UPU Universiti, Tapi Tak Dapat!

Perkara yang paling berdebar, bila check keputusan masuk UPU.

Check….check…tak dapat 😦

Mana tak frust!

Peluang masih cerah, cuba alternative lain… (otak masih berligar mencari idea, hati masih tgk cool down)

Cuba cara dengan permohonan rayuan…

Tggu punya tggu….sampailah semakan permohonan rayuan tidak berjaya…

Frustation kali kedua 😦

Penyelesaian?

  1. Menangis 
  2. Move on? Cari lah kerja lain lepas tu mohon ( hurm…tu pun kalau ada rezeki, dan tak putus aasa lagi)

Guys out there. Please stop doing these 2 things  ever when your life doesn’t turn colorful.

Apa yang korang boleh buat. Do Something! Bukan semua orang rezeki sama, dan kita manusia yang unik. Kita tak pakai laluan yang sama macam orang lain…Jalan lurus ( Isi UPU, which everyone does…lepas tu terus dapat)…

Kita pakai jalan lain!

….Ini pilihan anda….

  1. Jangan menangis.  Lepas tu buka Fb cari ” https://www.facebook.com/bpp.uitm2013/?pnref=story” aka Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM.
  2. Tengok tarikh permohonan dan mohon….dah dah bangkit semula.
  3. Bila tarikh permohonan dan buka, pergi BSN  dan beli no pin.
  4. Isi maklumat dan isi online  online.uitm.edu.my

Untuk pengetahuan korang, No pin ini hanya dibeli untuk isi borang permohonan UiTM sahaja. Hanya 3 pilihan sahaja dibenarkan. Jadi pilih elok-elok.

Pastikan buka “syarat kemasukan” dan “semakan syarat kemasukan”…Tengok kursus apa yang lepasi untuk buat permohonan sesuai dengan keputusan kita.

Bila kita lihat semakan syarat kemasukan ini. Terpapar kursus yang kita boleh mohon dan InshaAllah boleh dapat sebab mencapai tahap minimum universiti.

uitmuitm2

Selain dari cara diatas…

Cara no 2 ialah…. ( sebab tu jangan putus, ada cara lain lagi…kitakan unik…sebab tu pakai jalan lain)

Buka link dibawah:- Apa lagi kenalah mohon…

https://ined.uitm.edu.my/

Cara no 3 ialah… Pergi mohon Affiliated College with Collaboration UiTM

Kenapa?

  1. Yuran mahai sikit dari UiTM, tapi tak semahal yuran swasta
  2. Berpeluang melanjutkan diri ke UiTM

Untuk tenangkan hati, kenapa kita tak dapat masuk UPU lagi sebab kita berpeluang masa yang berbaki untuk bermanja dengan makayah, dapat cari duit poket sebelum masuk Uni. Kalau boleh dan berusahalah untuk tidak ambil wang pendahuluan PTPTN…

Cara no 4 ialah…mohon mana-mana universiti:-

UA yang terlibat: UITM, UPSI, UIAM, UTHM & UUM.

1. UITM – Terbuka untuk SEMUA KATEGORI LEPASAN
2. UPSI – Terbuka untuk SEMUA KATEGORI LEPASAN
3. UIAM – Terbuka untuk SEMUA KATEGORI LEPASAN
4. UTHM – Terbuka HANYA UNTUK LEPASAN DIPLOMA
5. UUM – Terbuka HANYA UNTUK LEPASAN DIPLOMA

tgk yang ni untuk lebih keterangan:-

http://nurasyahirah.blogspot.my/2016/10/permohonan-ambilan-kedua-ijazah-sarjana.html

Ok sekian…Semoga membantu adik-adik diluar sana.

Aktiviti Cut, Find, Match 

My weekend’s Iife. Jaga2 budak2 part time.

The idea is came from my team. I just come there and sit down. Look around and see them hahahaha. I feel very guilty to my partner (just know her at that time). I never handle kids even don’t know how to handle them.

Here we go the activity with children. I hope they learned something.

Coloring photos, cutting, and selecting the correct habitat.

 

 

 

Alpha Thalesemia Trait 

Tak pernah terfikir nak buat test ni. Masa jumpa kawan, dia yang cadangkan sebab masa tu rancang nak Kahwin.

Dia kata disebabkan pasangan kawan  dia tu kesedaran tinggi mengenai thalasemia ni.  Cinta tak semestiny dimilki. Akhirnya, mereka tidak boleh Kahwin.

Aku pun ambil test ni. Utk diswasta, Harga Rm50. Test pertama ni diambil untuk tengok sama ada ke tak penyakit thalesemia. Itu sahaja.

Pentingnya buat test ini ialah untuk memastikan anak-anak yang bakal dilahirkan tidak terkena thalasemia major. Kesian kat budak-budak kalau disahkan kena penyakit ini.

Kesan:-

  1. Dalam setahun, dia kena ambil darah orang lain untuk hidup.
  2. Untuk hidup secara normal buat aktiviti lasak pun susah.
  3. Masa lahir, kemungkinan orang tidak boleh berfungsi dengan baik (buah pinggang, liver- yerlah darah tak cukup macam mana hendak buat kerja, Allahualam)
  4. Cepat penat, buat kerja sikit penat. Macam saya, walaupun pembawa pun senang nak penat walaupun buat kerja sikit, kalau major pula?
  5. Boleh google, for info.

Lepas suspected ada penyakit ini, (merujuk yang gambar pertama tu), doktor sarankan ambil ujian darah kali kedua. Ok kena cucuk lagi. Huhu… Kali kedua ini, darah kita diambil dan dibuat 2 botol sample. 1 untuk detect anemia lagi 1 untuk detect thalasemia. Harga test 2 RM 150+. Kalau hendak murah/percuma disarankan lebih baik pergi kerajaan.

Test 1:- RM50+

Test 2:- RM150+

Jumlah:- RM200+ (harga 2016) 

Selepas dapat keputusan, saya menghidap thalasemia dan juga anaemia. Penyakit thalasemia inilah penyebab kita ada anaemia. Thalasemia ini kan yang buat darah kita tak beberapa nak buat organ kita menerima darah dengan secukupnya. Sebab itu ada anaemia juga ( kurang darah).

Langkah berjaga:-

Bila tahu dua-dua pasangan ada sebelum kahwin, berpisah itu lebih baik dari menempuh memberi kesan kepada generasi akan datang.

Precaution is better than cure. Artikel ini cuma untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia yang bakal berkahwin suatu hari nanti. Peace.

 

Lesen Kereta (Memandu) Hilang

Tahun 2016, proses membuat lesen yang hilang makin mudah. 

Saya bekerja mana ada masa untuk pergi membuat lesen yang hilang. Tambahan pula, tiada kereta. Hendak keluar dari pejabat pun Susah. Malas hendak menyusahkan orang hantar ke lrt. 

Lesen Kereta dah lama hilang, dah lama juga membawa kereta kalau keadaan terdesak tanpa lesen. 

Untuk orang yang bekerja Susah nak cuti atau time off…. 

Boleh pergi ke UTC Keramat. Turun dekat LRT damai. Aku selalu tersasul dengan lrt Dato Keramat sebab nama sama kan?

Di UTC Keramat buka sampai malam. Lepas habis kerja tu, dah boleh pergi. 
Kena sediakan ap?

1. Bawa IC original. Tak payah nk fotokopi ker apa. 

2. Bawa RM20

Dah siap. Siap dalam 5minit jer. Ptg2 x ramai org. Masa tu ak sorang jer. Memang rezeki. Alhamdulilah