Tag Archives: #usrah#bahanusrah

We are Not Perfect

We’re not Perfect

Aku akan jot down bila usrah dengan Kak Najwa. Setiap kali dia bercakap, memang masuk ke dalam hati.

“We are not perfect, we are trying to be perfection.”

Ada orang rasa, bila dalam usrah cakap macam ni. Terus jadi down, sebab ingatkan kita tak boleh buat dosa aka kana jadi malaikat.

Hakikatnya kita ini manusia, setiap kali kita buat dosa, don’t be depressed.

Dalam hidup kita pun hendak kesempurnaan bukan? Dari ada degree, nak kerja bagus,  Kehidupan yang stabil lepas tu nak ada anak, nak ada keluarga.

Secara sedar tak sedar, memang kita berusaha untuk kearah perfection.

***

Macam mana kita hendak ikhlaskan diri untuk pergi ke majlis ilmu/belajar?

Selalunya bila ada orang ajak pergi ke kuliah, dan kita malas hendak pergi.

Kita beralasan dah tahu dah pasal isu “Taubat tu” (contoh topik).

Kadang-kadang kita kena fikir kenapa Allah hantarkan perantaraan (orang) untuk kita dengar tajuk yang sama? (taubat= contoh topik).

Sebab kemungkinan…

  1. Kita tak buat pun secara praktikal seharian
  2. Kita tak faham
  3. Kita tak dapat yang sepatutnya kita patut tahu. Mungkin kali ke5 kita dengar topik itu, baru kita tengok isu itu in different way and perspectives.

***

Kenapa kita susah nak hargai Pemberian tuhan atau berfikir akan kejadian tuhan disekeliling kita?

  1. kita hidup macam itu. Buka mata memang, awan, langit, bulan dan bintang memang sudah wujud lama.
  2. Sudah tersedia di depan, dan awan, langit, bulan dan bintang lumrah alam yang setiap hari kita lihat.
  3. Sebab itu kita tak pernah terfikir, kejadian alam, contohnya kenapa awan tak jatuh? apa jadi kepada kita kalau awan jatuh? Somewhat, we takes for granted.

***

Kenapa kita  berusaha  untuk pergi ke majis ilmu, usrah, whats so benefits to us?

Once we choose to only struggle with our career, our study, our own path life without putting a little on purification of our heart (tarbiyah).

It will fade away with our environment. Kita sedikit sebanyak akan terpengaruh dengan keadaan sekeliling kita sedikit demi sedikit.

 

Advertisements