Tag Archives: darah

Alpha Thalesemia Trait 

Tak pernah terfikir nak buat test ni. Masa jumpa kawan, dia yang cadangkan sebab masa tu rancang nak Kahwin.

Dia kata disebabkan pasangan kawan  dia tu kesedaran tinggi mengenai thalasemia ni.  Cinta tak semestiny dimilki. Akhirnya, mereka tidak boleh Kahwin.

Aku pun ambil test ni. Utk diswasta, Harga Rm50. Test pertama ni diambil untuk tengok sama ada ke tak penyakit thalesemia. Itu sahaja.

Pentingnya buat test ini ialah untuk memastikan anak-anak yang bakal dilahirkan tidak terkena thalasemia major. Kesian kat budak-budak kalau disahkan kena penyakit ini.

Kesan:-

  1. Dalam setahun, dia kena ambil darah orang lain untuk hidup.
  2. Untuk hidup secara normal buat aktiviti lasak pun susah.
  3. Masa lahir, kemungkinan orang tidak boleh berfungsi dengan baik (buah pinggang, liver- yerlah darah tak cukup macam mana hendak buat kerja, Allahualam)
  4. Cepat penat, buat kerja sikit penat. Macam saya, walaupun pembawa pun senang nak penat walaupun buat kerja sikit, kalau major pula?
  5. Boleh google, for info.

Lepas suspected ada penyakit ini, (merujuk yang gambar pertama tu), doktor sarankan ambil ujian darah kali kedua. Ok kena cucuk lagi. Huhu… Kali kedua ini, darah kita diambil dan dibuat 2 botol sample. 1 untuk detect anemia lagi 1 untuk detect thalasemia. Harga test 2 RM 150+. Kalau hendak murah/percuma disarankan lebih baik pergi kerajaan.

Test 1:- RM50+

Test 2:- RM150+

Jumlah:- RM200+ (harga 2016) 

Selepas dapat keputusan, saya menghidap thalasemia dan juga anaemia. Penyakit thalasemia inilah penyebab kita ada anaemia. Thalasemia ini kan yang buat darah kita tak beberapa nak buat organ kita menerima darah dengan secukupnya. Sebab itu ada anaemia juga ( kurang darah).

Langkah berjaga:-

Bila tahu dua-dua pasangan ada sebelum kahwin, berpisah itu lebih baik dari menempuh memberi kesan kepada generasi akan datang.

Precaution is better than cure. Artikel ini cuma untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia yang bakal berkahwin suatu hari nanti. Peace.

 

Advertisements