Sombong

*JANGAN SOMBONG DGN JAWATAN*

Image result for sombong

.
.
Seorang wanita berumur 40 tahun. Baru saja menjadi Pengarah di sebuah syarikat membawa anaknya datang ke pejabat untuk makan.

Selesai makan, anaknya membuang plastik bekas makanannya di lantai. Datanglah seorang nenek dengan penyapunya dan menyapu bersih sampah tadi. Wanita yang baru saja menjadi Pengarah ini hanya melihat nenek tadi menyapu. Wajahnya sudah berkerut bukan pencen, tetapi sebaliknya harus jadi tukang sapu.

Kerana itu dengan senyum sinisnya, wanita itu berkata kepada anaknya, “Nak sudah besar nanti, jangan jadi seperti dia. Tu sudah tua masih lagi pungut sampah”.

Anaknya hanya mengangguk kepala kerana masih belum mengerti apa-apa. Nenek ini melihat kesombongan wanita itu lalu dia bertanya, “Mohon maaf, tumpang tanya…. puan ini siapa?”, katanya tenang.

Dengan angkuhnya wanita itu menjawab “saya Pengarah baru disini, kenapa? “

Nenek ini hanya mengangguk, tidak menjawab. Dari jauh datang seorang lelaki dengan baju rapi menghampiri nenek tua itu. “Puan CEO, silakan masuk ke ruangan puan”. Nenek tua ini membuka jaket lesunya, dan terlihat baju rapi di balik jaket lesunya.

*Ternyata dia adalah pengasas syarikat ini!*

Tanpa mengubah expresinya, dia berkata kepada lelaki itu. “Tolong tarik balik jawatan wanita sombong ini. Kita tidak perlu orang sombong seperti dia di syarikat ini”.

Lelaki itu pun mencatat nombor pekerja wanita itu dan di hari itu juga dia dipecat. Wanita itu tidak mampu menjawab apa-apa….

Nenek CEO ini berkata ke anak wanita itu,”aku memecat ibumu & berharap kamu faham, MENJADI ORANG BESAR BUKAN DITENTUKAN DENGAN KEPINTARAN ORANG ITU, TETAPI BAGAIMANA KITA, ORANG BESAR MAMPU MENGHARGAI ORANG-ORANG YANG RENDAH DI BAWAH DAN MEMBANTU MEREKA.

*MESEJ*

Hidup ini seperti roda. Banyak liku2 kehidupan orang lain yang tidak kita fahami. Jangan pandang seseorang hanya dari luar fizikalnya semata mata. Jgn sombong.🤗🤗

Just sharing benda baik.

Sebab itu dlm Quran, perangai yg paling diperangi adalah kesombongan. Iblis hina sebab sombong. Firaun dll juga dihina kerana sombong. Maknanya Tuhan nasihatkan, jika nak hidup berjaya, betulkan sikap. Dan yg pertama yg perlu diadjust adalah delete kesombongan.

Sumber: Ustaz Mohammad Asraff.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s