Belajar Tenang Seperti Nabi Musa

TIPS YG TUHAN AJAR AGAR TAK KELAM-KABUT KETIKA ADA MASALAH BESAR :
.
.

Image result for laut terbelah

Jika anda sedang menghadapi masalah besar, bagaimana cara menanganinya? Sebagai contoh, saat dikejar ‘ah-long’, trauma diugut pencuri, difitnah dengan dugaan berat & sebagainya.

Adakah anda tenang, atau stress & kelam-kabut?

Jom kita belajar dari seorang figur luarbiasa. Beliau layak dijadikan ‘tuan guru’ kerana kemampuannya mengawal emosi saat dilanda kesusahan (betul-betul susah sebab diancam bunuh) amat luarbiasa.

Figur itu adalah Nabi Musa a.s.

Ketika itu baginda & ribuan pengikutnya, Bani Israel sedang dikejar Firaun & algojonya. Tiba di hadapan laut, bani israel mulai panik. Mana tidaknya, di hadapan mereka lautan terbentang luas sementara di belakangnya bala tentera Firaun yg terkenal kejam.

Ke hadapan pun mati, undur ke belakang pun disembelih. No choice.

Tetapi yang peliknya, Nabi Musa kelihatan rileks & tenang. Apabila ditanya, ‘apa nak buat, habislah kita ditawan Firaun’. Baginda mengatakan, ‘Keep calm. Nanti tahulah Tuhan kita selamatkan’.

Itu bahasa kita. Bahasa Al-Qurannya begini :

“Nabi Musa menjawab: “Tidak! jangan fikir demikian. Sesungguhnya Aku sentiasa disertai Tuhanku. Dia akan menunjukkan jalan keluar kepadaku”. (Surah As-Syu’ara, ayat 62)

Mengapa baginda kekal tenang di saat semua orang ketakutan?

Rahsianya terletak kepada, siapakah ‘backup’ dalam hati. Nabi Musa, backup dalam hatinya Tuhan. Baginda yakin kerana Tuhan ‘ada’ dalam hatinya.

Perkara ini penting kerana, itulah punca yang membuatkan kita tenang. Sebagai contoh, anak kecil beriya menangis saat disuruh tidur sendirian. Tetapi apabila ditemani ibunya, ia tersenyum hingga terlelap. Mengapa keyakinannya tinggi saat ibu menemani?

Sama jawapannya : Backup. Anak kecil itu yakin, ibu merupakan ‘backup’ kuat yang akan melindunginya dari sebarang malapetaka.

Tanyakan diri kita sekarang, siapakah ‘backup’ dalam hati ketika kita dirundung malang? Elakkan dari menggantung keyakinan kepada makhluk yang fana.

Mari belajar dari Nabi Musa. Gantungkan tawakkal & keyakinan kepada Tuhan. Rapatkan diri kepadaNya, pasti kebahagiaan dan jalan keluar akan banyak datang menerpa.

Sekian, Wassalamu ala manit taba’al huda
Dan selamatlah bagi mereka yg menuruti petunjuk & hidayah. – Toha 47

Sumber: Ust. Asraff Ayobb

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s